nak kongsi satu benda nih. tapi kalau dah tau tak pe lah . tak pakse bace pun . hee.
memandangkan saya sekarang ni ex-KADET KOREKSIONAL (kadet penjara)
nak cerita siket pasal kehidupan dalam penjara yang tersangat lah bosan .
memang lah ada orang yang cakap duduk kat penjara tu senang sebab makan sampai 6 kali sehari . tak payah bayar . tempat tidur pon ada tersedia . tapi , sangat lah salah kepada sesiapa yang beranggapan sebegitu tau .
hidup kat dalam penjara tu agak susah sebab yang banyak .
first of all saya nak cerita pasal makanan yang diorang makan kat dalam tuh .
6 kali sehari makn . waa . best kan ? tapi tak pon sebenarnya .
diorang makan sampai 6 kali pun tak cukop sebab kuantiti diberi sangat sikit . contoh .
sarapan pagi : mee hoon yang tersangat keras .
minum pagi : biskut kering dan air teh tanpa gula .
makan tengah hari : ikan rebus tanpa garam *tawar . and nasi .
minum petang : kuih yang keras .
makan malam : nasi yang berlauk tapi still tak de rase .
supper : roti and jem buah campur . serius jem dy sedap .tapi tak bole beli sebab khas untuk penjara sahaja . huhu .
tu baru makanan , kalau tempat tidur pulak camne ?
haa . diorang tido kat atas simen yang sejuk tuh dengan bantal and tilam yang sangat nipis .
bilik air diorang ? diorang ni mandi kat kolah yang besar secara beramai-ramai .
sekarang ni dah maju tau sebab diorang bole mandi ikot suke diorang . kalau dulu , nak mandi pon ade limit . contohnye , mandi guna 5 cebok sahaja .
toilet ?
haa , nak melabur pon ade limit tau . camni . kalau dah cukup 3 kali guna tong yang simpan najis tu diorang kena bawak keluar and buang sisa dalam tu and cuci .
haa . ni yang seronok ciket . diorang pon kena keje jugak tau . bukan duduk saje je tau . macam-macam kerja ade kat dalam tu seperti menjahit , bertukang , memasak and etc .
tapi diorang kerja ni bukan tak berbayar tau . haa .
gaji diorang ditetapkan mengikut warna baju yang diorang pakai . tapi saya tak ingat dah . tapi gaji dirang cuma RM 0.10 hingga RM 1.00 je untuk sehari .
erm . nak tau macam mane diorang seludup tembakau ke dalam ?
haa . ni yang menarik . guess what ? diorang telan tau . pastu diorang akan keluarkan kan semula ketika melabur . haha . bayangkan . korang sanggup ? tapi tembakau tu mahal bile kat dalam . sampai RM 50 pon ade untuk sebatang . ouh ,
f.y.i : rokok digelar sebagai habuk
lighter digelar sebagai spark .
nice name kan . punye lah tak nak bagi pegawai tau . duet yang diorang dapat dari hasil jualan tembakau tu akan ditelan dan bila msa duit tu keluar diorang akan meramas najis diorang semula and makan balik untuk simpan duit tu .
selain tu ade jugak buli kat dalam tu . haa . tersangat lah teruk bagi yang berbadan kecik . sebab diorang ni akan dijadikan bahan untuk memuaskan nafsu . on other word , liwat .
ada lagi ke ? hmm . . tak de dah kot . tak berapa nak ingat sangat lah awak . sorry . tu je yang saya ingat . tak pe kan ? hee .
so , jangan lah teringin sangat nak masuk ke dalam eah ? bersyukur lah awak2 semua hidup kat luar . jage diri , jage perangai ea kawan ?
off . :)



No comments:
Post a Comment