live life to the fullest !

Saturday, April 5, 2014

kerajaan khulafa' al-rashidin

khalifah : orang yang memegang jawatan ketua negara islam
khulafa' al-rashidin : gelaran kepada 4 orang sahabat yang memegang jawatan dalam negara islam selepas                                    kewafatan Rasulullah s.a.w
                             : pemerintahannya berkuasa selama lebih kurang 29 tahun iaitu bermula pada tahun 11                                    hijrah hingga 41 hijrah

DASAR PENTADBIRAN

1. undang-2 dan perlembagaan negara berdasarkan al-quran dan hadis.
2. khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad
3. pemimpin bertanggugjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil.
4. khalifah merupakan ketua negara
5. khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-2
6. gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan


PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN

menubuhkan majlis syura
*zaman saidina umar majilis ini ditubuhkan untuk memelih khalifah
*ahli majlis syura : ahlul hilli wal aqdi (pandai menghurai dan membuat keputusan)

pentadbiran wilayah
*mewujudkan jawatan baru
*ketua setiausaha
*setiausaha
*pegawai pemungut cukai
*pegawai polis
*diberi gaji tetap pada zaman saidina umar

penubuhan jawatan al-dewan
1. dewan al-jundi
    *mengendalikan latihan tentera
    *mengemaskini maklumat anggota tentera
    *mengurus pembayaran gaji kepada anggota tetap
    *mengurus perkara-perkara kebajikan anggota tentera

2. dewan al-kharaj
    *memungut dan mengumul hasil negara
    *menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk membayar cukai


KESAN PEMERINTAHAN (POLITIK)
-mengamalkan syura dalam sesuatu keputusan
-tidak sesekali mementingkan diri
-pentadbiran berdasarkan al-quran dan hadis
-menegakkan keadilan

AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA' AL-RASHIDIN
-negara islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri
-wujud golongan munafik yang memecahbelahkan umat
-timbul perecahan aliran pemikiran yang memberi kesan
-ketua negara dilantik secara warisan

KEMAJUAN SOSIAL

1. Penduduk
-masyarakat islam semenanjung tanah arab yang memeluk islam zaman rasulullah
-masyarakat islam luar semenanjung tanah arab seperti iraq dan mesir
-golongan bukan islam / kafir zimmi

2. Pendidikan
-masjid institusi pendidikan utama
-kuttab tempat belajar bagi kanak-2

3. Kebajikan
-saidina umar mansuhkan jizyah kepada orang tua yahudi yang miskin
-melantik pegawai khas bagi menyiasat ketua wilayah agar tidak membebankan rakyat

4. Keadilan
-tidak memilih kedudukan dalam menguatkuasa undang-2
-saidina umar pernah menarik balik tanah milik sahabat mengikut kanun tanah negara

No comments:

Post a Comment

mr ziggy